Tuesday, August 24, 2010

Membuka Helaian2 Al-Quran Menggunakan Air Liur Membasahkan Hujung Jari.

Muhammad Ibrahim Orang Melayu Amat Beradab Apabila Menggunakan Mus-haf (Al-Quran) Sehinggakan Meletak Sekejap Di Lantai Pun Dilarang Tapi Apabila Membuka Helaian2nya Kadang2 Menggunakan Air Liur Membasahkan Hujung Jari Sedangkan Perbuatan Itu Adalah Haram.

Syaikhan Ubaid kebiasaan tu adalah adat..kalo dikire dalam ibadat adalah bid`ah..adakah disitu ade dalil yg mengatakan perbuatan itu HARAM..mohon penjelasan ilmiah..!

Muhammad Ibrahim air liur adalah mustaqzarah iaitu benda kotor tetapi bukan najis. sama darjat dgn hingus, taik mata n taik telinga.

Muhammad Ibrahim klw kita amik air liur cuit kat muka org pun org akan marah.

Syaikhan Ubaid dlm medical : air liur mempunyai enzim yg mampu menyembuh@ mengeringkan luka..

Muhammad Ibrahim yg tu tak dinafikan tapi ia tidak boleh dijadikan hujjah untuk membolehkan ia diguna sebagai pembasah tangan untuk menyentuh mushaf. Agama Islam tidak membenarkan fikiran sepenuhnya dalam menilai baik buruk sesuatu hukum tetapi perlu didahului dengan 'wahyu' spt Al-Quran n Sunnah serta ijma' n qias.

Muhammad Ibrahim ulama'2 Islam mengkategorikan air liur sama darjat dgn tahi hidung, tahi telinga n tahi mata. tapi takde sorang pun antara kita yang tergamak guna tahi hidung sbg pembasah hujung jari untuk membelek mushaf. sebab itu agama kena memerlukan ilmu bukan hanya sekadar pemikiran kita.

Syaikhan Ubaid sbb ana tye org pondok : mereka kate itu termsk perkara yg makruh..

Muhammad Ibrahim maybe ada ulama' yg kata makruh tapi ana tak jumpa lagi. yang ana jumpa haram sebab bila air liur dari benda yang kotor maka ia boleh membawa kepada 'penghinaan kepada mushaf secara tidak sengaja.

Syaikhan Ubaid ade dalil qat`i x..?

Muhammad Ibrahim klw ana jumpa insya Allah ana akan bagi. hujah2 dia atas ana dapat dari ucapan seorang ulama'. dia pun tak sebut hadis. kalau memang takde hadis soreh sebut pasal ni ia mungkin ijtihad dari mujtahid.

Syaikhan Ubaid seandainye ade ulamak kate perbuatan itu makruh..bermakna ni adelah mslh khilafiyah..

Muhammad Ibrahim ye, sbb ijtihad ulama'. tp ape dalil makruh? klw kita terima air liur dari mustakzarat spt tahi telinga n tahi hidung, ape hukum akan kita pegang klw kita gunakan tahi telinga untuk basahkn tgn ms buka mushaf?

Syaikhan Ubaid terfikir : bagaimana mungkin kite minum air lalu bercampur sedikit sbyk air liur,lalu terus msk ke perut..boleh ke kate air yg dimnum tdi jdi mustaqzarah...dalil makruh tu nti ana tye mereka yg lebih arif...harap ni adalah muzakarah ilmiah..masing2 dpt pahala

Muhammad Ibrahim kita kena fahami betul2 ape yang dimaksudkan dgn mustakzarah. ia bukan najis, tak perlu dicuci macam najis tetapi ia dilihat menjijikkan bila berada di luar tempat asalnya. klw kna pd badan, tempat atau badan sms solat ia tak membatalkan solat. klw kita kata air yg masuk ke mulut bercampur ngn air liur jd mustakzarah, mcmn pula yg msuk ke perut bercampur dgn najis? kita tak boleh berhujjah begitu krn najis di tempat asalnya iaitu perut tidak dihukum 'najis' melainkan bila dah keluar dari perut. begitu juga dgn air liur.

Khairul Anuar mungkin 'illah hak kata makruh tu tengok pada kadar sikit air liur yg di guna. Tp kalau ludah terus tu hak jadi haram sebab mengotor dan menghina mushaf. Kalau sikit tu tak sampai tahap kotorkan mushaf tapi dikira tak beradab dengan mushaf..ijtihad mesti ada 'illah dia.

Khairul Anuar Dalam masalah najis pun ada hak dimaafkan kalau sedikit sangat. Apatah lagi benda mustaqzarah ni. Kalau iktibar sampai tidak beradab tu samada dengan manusia atau mushaf maka boleh kata haram..sekadar renung hujjah hak boleh dilontarkan. Cantik lagi kalau ada nas kitab.

Muhammad Ibrahim apabila berlaku sesuatu perbezaan pendapat (khilaf) dlm sesuatu hukum maka perlu dilihat PUNCA perbezaan tersebut. dlm masalah ini puncanya ialah ADAKAH AIR LIUR ITU DARI JENIS MUSTAKZARAH ATAU PUN TIDAK? cari jawapan yang tu akan menyesaikan masalah ini.

Khairul Anuar jom kita pakat belek kitab.

Muhammad Ibrahim JOM..

KhairulAizam Abdul Rahman jom.....pedagogi.....

Syaikhan Ubaid kalo berpuasa kite sokmo telan air liur..kalo air liur mustaqzarah mengapa kite x meludahnye sdgkan ianya kotor...

Muhammad Ibrahim Sesuatu yang wujud pada asalnya di tempat itu dlm diri manusia ia tak boleh dihukum seperti ia berada di luar. klw anda berhujjah macam tu apa pula klw saya tanya balik pasal TAHI dlm diri anda? DARAH dlm tubuh anda? Air kencing dlm pundi kencing anda? SEMUA TU TAK NAJIS MELAINKAN SETELAH DIA KELUAR. BEGITU JUGA DGN AIR LIUR, IA MUSTAKZARAH SETELAH IA KELUAR DARI MULUT.

Syaikhan Ubaid okeh..cume ana kurang faham MENGAPA perbuatan membuka mushaf menggunakan sedikit air liur ia menjadi HARAM..dimanakah dalil naqli (qat`ie) disandarkan perbuatan tersebut..?

Muhammad Ibrahim Sumber hukum yang disepakati jumhur ialah Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias. Dalil Naqli ialah dari Al-Quran dan Sunnah. Apa yang tiada dalil dari kedua-dua sumber itu perlu digunakan Ijma' Ulama' atau Qias. Ijma' dan Qias adalah ijtihad ulama'. Saya masih belum menemui kepastian hukum air liur ini mustakzarah bersumberkan dari ijtihad atau naqli. Tapi anda SALAH jika hanya meminta sesuatu hukum hanya dari NAQLI malah yang Naqli itu tak semuanya Qat'ie.

Muhammad Ibrahim Kalau orang gunakan air liur sapukan dgn hujung jarinya di muka anda, apa perasaan dan tindakan anda? mesti anda marah dan anda akan mengatakan si dia itu tiada adab dan pengotor. Persoalannya, yang mana lebih mulia antara muka anda dan mushaf?

KhairulAizam Abdul Rahman muwafiq...

Syaikhan Ubaid alhamdulillah walaupon sy SALAH sy tetap dpt 1 PAHALA..perjelasan hukum bkn utk melihat sesorg mng or kalah tetapi ilmu yg kite muzakarah ini memberi manfaat kepada mereka membaca perbincangan ini..tp sy suke cara ulasan Khairul Anuar membahas tajuk dgn ilmiah..sy harap org lain yg lebih Alim dri sy..harap membahas secara ilmiah..

Muhammad Ibrahim saya tidak pernah mengatakan anda SALAH malah cara anda mendapatkan penjelasan sebegini adalah betul. ya betul, menang tak semestinya benar. Cara Khairul Anuar berhujjah betul tapi hujahnya belum tentu betul. najis dlm kadar tertentu dimaafkan jika TERKENA bukan DISENGAJA. kalau kita sengaja letak najis pada pakaian atau badan ia tidak tergolong dalam kategori 'dimaafkan'. dlm masalah guna air liur untuk buka mushaf ni adalah DISENGAJA. maka, qiasnya adalah tak tepat.

Khairul Anuar selagi belum ada nas daripada ulama susah nak buat kesimpulan. Contoh drpd kitab iqna' ke, bujairimi, majmu' atau lain-lain yang menerangkan ijtihad mereka. Kalau bahas tanpa nas ni mungkin sapa2 boleh terkeliru..hemm..selagi mana hukum belum jadi ijma' maka selagi itu lah hukum beredar dalam masalah khilafiyyah..apa ust mat tu sebut pasal sengaja ke tidak tu ada betul jgk..

Khairul Anuar hak ma'fuww adalah masalah najis..hukum mustaqzarah ringan daripada tu..itu saja ana nak sebut..iaitu ringannya air liur berbanding najis..bukan qias.hak ana jumpa dalam hadis ruqyah (jampi) disunatkan hembus dengan sedikit air liur selepas membaca doa tertentu (pendapat yang kuat pada setengah ulama) kemudian disapukan pada tubuh..maknanya sedikit tu ada masa gunanya..tapi apa pun kita cuba kaji lagi...

Khairul Anuar sapu tu pada tubuh pesakit..

Khairul Anuar tuan guru hj abd. aziz (pngss pondok pasir tumbuh ) juga pernah minum air yang dicampur dgn ludah tok kenali masa kecik utk tujuan mencerahkan hati..maknanya air liur ni bukan kotor secara mutlaq..

Khairul Anuar Dalam kitab umdatul qari syarah sahih al-bukhari di sebutkan dalam hadis berkaitan nabi guna siwak sahabat dengan tajuk هذا باب في بيان من تسوك بسواك غيره فكأنه يشير بحديث هذا الباب إلى جواز ذلك وإلى طهارة ريق بني آدم

Khairul Anuar hadis menunjukkan air liur tu suci sampai nak guna siwak orag lain pun takpe.

Khairul Anuar hukum meludah ketika sembahyang dalam masjid pun dibenarkan dengan syarat ianya disapu selepas itu..

Syaikhan Ubaid ‎1 penjelasan hujah yg baik yg dpt kite same2 manfaatkan..alhamdulillah

Khairul Anuar

ala kulli hal ana dah jumpa hukumya..tgk:وفي القليوبي على المحلي يجوز ما لا يشعر بالإهانة كالبصاق على اللوح لمحوه ؛ لأنه إعانة ا هـ .
وفي فتاوى الجمال الرملي جواز ذلك حيث قصد به الإعانة على محو الكتابة وفي فتاوى الشارح يحرم مس المصحف بإصبع ع...ليه ريق إذ يحرم إيصال شيء من البصاق إلى شيء من أجزاء المصحفSee More

Khairul Anuar oleh itu kalau guna air liur atau ludah untuk membantu membalik muka surat atau mushaf maka dibenarkan selagi tidak membawa kepada penghinaan cth meludah atas papan lauh untuk sapu tulisan al-quran mgkt fatwa imam al-jamal dan imam ramli. pada pandangan lain haram sentuh mushaf dengan air liur (apa pun bergantung pada tujuan)..wallahu a'lam.

Syaikhan Ubaid Allahua Akbar Kabera..

Muhammad Ibrahim jazakumullahu khairan kathira atas semua yang mengikuti perbincangan ilmiah ini terutamanya Ustaz Khairul Anuar atas penjelasan yang nyata lagi jelas dan Ubaid yang berani menyertai perbincangan ilmiah ini secara langsung. Insya Allah saya akan kemukakan kemusykilan2 yang sentiasa berlaku dlm masyarakat kita agar sahabat2 dapat mengemukakan hujjah2 bagi menyelesaikan kemusykilan2 tersebut.

Muhammad Ibrahim Saya harap Ubaid tak mengenali siapa saya kerana dibimbangi beliau 'ugah' untuk menyertai perbincangan2 yang akan datang. Kepada Ustaz Khairul Anuar saya berharap agar terus bersama perbincangan2 yang akan datang. kalau nampak tak berapa semangat ana akan 'kutil' sikit macam hari ni. lepas kena kutil sikit baru semangat cari dalil sapa jupo. terima kasih, terima kasih.

Khairul Anuar trm ksh pada semua..sama-sama kita kongsi ilmu.

Syaikhan Ubaid mudah2an kite semua mencari redhaNYA serta RahmatNYA..amin.. 

Muhammad Ibrahim Setelah berdiskusi panjang lebar, akhirnya dapat disimpulkan bhw HUKUM MEMBASAHKAN HUJUNG JARI DGN AIR LIUR UNTUK MEMBUKA MUSHAF AL-QURAN DEMI MENGELAK DARI KEROSAKAN ADALAH HARUS. Mohon maaf atas kekeliruan posting saya sebelum ini. Terima kasih kpd sahabat2 yang mengambil bahagian.

3 comments:

  1. Salam..maaf jika ana lari dri topic. Sbnrnye ana nk tnye sedikit tentang muztaqzarah yakni tahi mata. Adakah jika berwuduk dgn bertahi mata mengakibatkan wuduk itu tidak sah? Ada saudara ana kata tidak sah kerana sekiranya air smpai ke kulit ia telah berubah bentuk akibat percampuran zarah antara keduanya.. Minta penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..
      Maaf kerana lambat sedar soalan ni..
      Ilmu ana sangatlah terbatas dan seedikit shj. Untuk menjawab soalan di atas berdasarkan ilmu ana, mustaqzarah bukanlah najis secara mutlaq, dan ianya dimaafkan. Jadi wudhu' anda sah.
      Tapi, adalah sunat jika anda menghilangkan segala bentuk najis, sesuatu yang menghalang air ke kulit sebelum wudhu'. Maka, anda akan lebih yaqin dgn wudhu' anda.
      Untuk jawapan lebih detail, ana akan cuba tanya orang yang lebih faqih tentang hal ni dan reply semula.
      Jika anda dah dapat jawapannya, jangan lah segan untuk berkongsi ilmu dengan kami.. WaAllahu a'lam.

      Delete
  2. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya,jika ludah dari dalam mulut keluar secara tidak sengaja(Nyiprat)saat membaca al quran Dan mengenai al quran tersebut , bagaimana hukumnya? Mohon penjelasan

    ReplyDelete