Friday, December 2, 2011

Kisah seorang pakar dengan keretanya.

Seorang pakar sains politik telah memandu dengan sombongnya dengan sebuah kereta mewah yang agak mahal. Ditakdirkan Allah, kereta itu mati di tengah jalan kampung yang tidak ramai orang yang lalu di jalan itu. dengan rasa terdesak kerana jarak umahnya dan tempat itu adalah terlalu jauh, pakar itu menggunakan segala ilmunya tentang undang2 serta sainsnya namun keretanya tak dapat juga dihidupkan. Dengan izin Allah datanglah seorang pemuda kampung yang hanya tahu membaca, menulis dan mengira serta tahu sedikit berbahasa inggeris tahap asas. Pakar itu memandangnya dengan sinis menghina. Pemuda itu meminta manual mengenai kereta itu yang tersimpan dalam kereta sejak dibeli. Setelah pemuda itu selesai membaca buku manual tersebut dan tak sampai 2 minit kereta itu dapat hidup seperti sedia kala. Pakar itu berasa gembira kerana keretanya dapat hidup semula dan malu kerana telah memandang hina kepada pemuda kampung itu sedangkan dia adalah pakar yang tinggi darjatnya dari pemuda itu....

Rasional dari cerita di atas adalah realiti hidup manusia dibumi ini. Pakar yang dimaksudkan dalam cerita ini adalah pemimpin ngara atau dunia yang menggunakan kepakarannya untuk menguruskan dunia ini dengan kemantapan ilmunya. Pemuda itu pula ialah ulama' islam yang tidak mengerti ilmu2 lain selain dari ilmu agama yang asas dan buku manual kereta itu ialah al-Quran. 

Lihatlah, tanpa buku manual itu, kereta tetap tak dapat hidup dan mungkin akan rosak walaupun menggunakan kepintaran pakar itu. Begitu juga dunia ini. Tanpa al-Quran dari pemilik pencipta dunia ini nescaya akan berlakulah kerosakan yang dahsyat.

Ingatlah, walaupun kita lebih tinggi pangkat dalam dunia atau negara, lebih mahal gajinya dengan kereta dan rumah besar serta tiggi ilmu keduniaan, namun jangan dihina Ulama' yang berpegang teguh dengan alQuran serta hadis nabi. Dengan ilmu al-Quran sahaja seorang ulama' itu mampu mentadbir dunia dengan lebih adil ddan saksama serta aman dan damai dengan kebajikan rakyatnya terjaga rapi. lihatlah contoh rasul junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w) seorang yang ummi (tdak pandai membaca dan menulis) ilmunya datang terus dari Maha pencipta dunia ini serta langit yang berlapis-lapis. Baginda mampu mentadbir negara dari keadaan rakyatnya yang jahil hingga menjadi negera yang bertamadun tinggi serta melahirkan ilmuan yang merintis kebanyakan ilmu yang wujud di dunia ini.

Sebagai ingatan, marilah kita semua kembali mengamalkan ajaran Islam sebagai cara hidup kita sepanjang umur yang telah diberikan ini. Tiada jalan hidup yang lebih selamat selain dari ajaran Islam. Amalkanlah ia agar selamat sejahtera di dunia dan bahagia di akhirat sana.