Friday, August 27, 2010

Beri zakat kpd adik beradik.. boleh ke tak?

Assalamualaikum..

saya telah ditanya oleh seorang kawan mengenai zakat..

solannya-

Slm-nk tnya ust ckt,klu zkt pndptn diberi kepada adik yg sedang blajar,adakah termasukdlm golongan fi sabilillah?ataupun xboleh sbb darah daging n keturunan?

------------------------------------------------------

saya bukanlah arif tentang zakat ni secara detail, setakat yang saya tau, kita tak boleh beri zakat kepada anak, kepada isteri, ibubapa.. jadi sebelum menjawab soalan tersebut saya cari dulu dalam internet dan hasilnya..



Beri zakat kepada ahli keluarga yang miskin

S: Bolehkah seseorang itu memberi zakat kepada ahli keluarganya yang miskin?

J: Zakat tidak boleh diberikan kepada mereka yang berada dibawah tanggungan seseorang. Maka, tidak boleh seorang bapa memberi zakat kepada anak perempuannya yang masih belum berkahwin, atau kepada isterinya. Kerana mereka adalah dibawah tanggungannya.Tetapi isteri boleh beri zakat kepada suami yang miskin kerana suami bukan tanggungannya.

Ibu bapa yang sudah tidak mampu menampung kehidupan mereka sendiri, maka menjadi kewajipan anak-anak mereka untuk menanggung mereka. Oleh itu, tidak boleh beri zakat kepada mereka, walaupun mereka tergolong dari 8 asnaf.

Seorang kakak atau adik wanita yang tidak mampu menampung diri atau keluarganya sendiri, maka menjadi kewajipan bapanya atau adik-beradik lelakinya untuk membantunya. Oleh itu, adik lelaki atau abang tidak boleh beri zakat kepada adik-beradik perempuannya yang susah. Namun, jika adik beradik perempuan itu sudah berumah-tangga, maka menjadi kewajipan suaminya menanggung mereka. Tetapi jika suami mereka miskin, maka adik beradik lelaki boleh beri zakat kepada suami adik-beradik perempuan mereka, kerana suami itu bukan tanggungan mereka.

http://www.muis.gov.sg/cms/oomweb/oom_faq.aspx?id=14542
Bayar Zakat Kepada Anak Yang Belajar

Home - Soal Jawab - Feqah: Zakat

Soalan:

Seseorang yg telah pencen dari perkhidmatan kerajaan akan dapat duit ganjaran & perlu dizakat kan (saya merujuk kepada ayah sa yang pencen awal kerana sakit & tidak boleh membuat sebarang kerja).soalan saya :

1) Adakah orang yg sedang belajar layak menerima zakat?

2) Boleh kah zakat dari duit ganjaran tadi diberi kepada anak yang sedang belajar sahaja?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Ada pendapat dan fatwa yang meluaskan maksud ‘fi sabilillah’ bukan setakat peperangan di jalan Allah, tetapi merangkumi juga menuntut ilmu. Maka atas pendapat ini, boleh diberikan zakat kepada penuntut ilmu syar’ie, yang berhajat kepada perbelanjaan.

2) Walaubagaimanapun, tidak boleh disalurkan zakat kepada orang-orang yang di bawah tanggungannya, seperti ibu bapa, dan anak. Hukum ini adalah ijmak (sepakat) ulama sebagaimana nukilan Ibn al-Munzir dalam Al-Ijmak (hlmn: 57, no: 142).

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/feqah-zakat/06-016/



Bolehkah adik- beradik menerima zakat?















· Harus beri zakat pada adik beradik kerana mereka bukan orang di bawah tanggungan orang yang mengeluarkan zakat. bahkan afdal beri zakat kepada mereka.

Harus beri zakat pada orang yang di bawah tanggungan orang yang mengeluarkan zakat, atas jalan yang lain daripada fakir miskin.

1. Muallaf pada sebutan diatas perlu dilihat semula.

“Mualaf ialah orang yang dijinakkan hatinya, mereka ada lima jenis”

2. Adik beradik boleh terima zakat dengan syarat yang ada pada salah satu daripada lapan tu.

dan yang memberi zakat pada adik beradik dapat dua pahala.

satunya pahala zakat.

duanya pahala silatur rahim.

kalau boleh rujuk kita Maueizatul mukminin. periha orang yang menerima zakat perlu dilihat 6 perkara:

1. bertaqwa supaya zakat yang diberi boleh membantu taqwanya.

2. MENUNTUT ILMU supaya zakat yang diberikan dapat membantu tuntutannya bagi penuntut yang menuntut keranameninggikan agama Allah bukan untuk dapat sijil lepas tu pikir makan gaji.

dan lainnya rujuk kitab tersebut.

http://almalakawi.wordpress.com/2009/07/31/siapa-kah-yang-berhak-menerima-zakat/



Wallahu A'lam..

1 comment:

  1. Nampaknye slps tnya kawan yg lain ttg zakat kpd adik ni, ade jgk yg cakap tak boleh bagi kat adik.. atas alasan adik juga dibawah tanggungan kita.. confuse jugak..
    jadi sekarang ni punca pemasalahan ialah samaada adik dibawah tanggungan atau tidak..

    ReplyDelete