Friday, September 28, 2012

Doa Pembuka 12 Pintu





اللهم افتح لي أبواب الخير وأبواب السلامة
وأبواب الصحة وأبواب النعمة وأبواب البركة
وأبواب القوة وأبواب المودة وأبواب الرحمة
وأبواب الرزق وأبواب العلم وأبواب المغفرة
وأبواب الجنة يا أرحم الرحمين


Basmalah 6


Doa Bismillah Enam

Al-Fatihah, niat: “Aku baca doa ini untuk mendapatkan perlindungan Allah untuk dijauhkan daripada segala bala dan penyakit khususnya angin ahmar.”

1.    بِسْمِ اللهِ السَّمِيْعِ البَصِيْرِ الَّذِي لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَئٌ وَهُوَ بِكُلِّ شَئٍ عَلِيْمٌ.
2.    بِسْمِ اللهِ الخَلاقِ العَلِيْمِ الَّذِي لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَئٌ وَهُوَ الفَتَّاحُ العَلِيْمُ.
3.    بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَئٌ وَهُوَ الْعَلِيْمُ الْخَبِيْرُ.
4.    بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَئٌ وَهُوَ العَلِيْمُ القَدِيْرُ.
5.    بِسْمِ اللهِ العَزِيْزِ الْكَرِيْمِ الَّذِي لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَئٌ وَهُوَ العَزِيْزُ الْكَرِيْمُ.
6.    بِسْمِ اللهِ الغَفُوْرِ الرَّحِيْمِ الَّذِي لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَئٌ وَهُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
فَاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ اَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَميْنَ.
7.    الفاتحة

Saturday, July 28, 2012

gambar murid yang d photoshopkan.


Gambar ini telah di snapshot dalam kelas.
Anak-anak murid tahun 3, 2012

Saje je, suka2 nak belajar adobe photoshop. 1st skali blajar cara guna photoshop dari youtube yang berkaitan. kemudian snapshot gambar anak murid sendiri dan edit la guna photoshop. 
Satu kepuasan untuk diri sendiri..


Friday, May 11, 2012

Ucapan Selamat Hari Guru

Assalamualaikum....
Sempena Hari Guru pada tahun 2012 ni ingin rasanya saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh dunia dan secara khususnya buat guru-guru saya dari tadika (Tadika Sang Kancil) tahun 1988 di Kampung Malaysia Tambahan KL, guru-guru di SK Sungai Besi KL tahun 1989-1995, guru-guru di Sekolah Menengah Hamzah 1996 seminggu je, guru-guru, ustaz ustazah di SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka di Kelantan thn 1996-2002. Tak lupa juga kepada pensyarah2, lecturers, ustaz ustazah, guru bahasa Arab dan English di KUIM/USIM tahun 2003-2006 dan pensyarah IP Sarawak Miri. Serta guru2 SK KELURU TENGAH serta sahabat2 yang jadi cikgu juga... Selamat Hari Guru buat kalian semua.

Tema Hari Guru pada tahun 2012 ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Lagu Tema Hari Guru...

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

Lagu : En. Rosman bin Adam
Lirik : En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)

Lagu ni boleh di download di link di bawah ni..
http://www.moe.gov.my/?id=248