Saturday, July 16, 2011

Kereta ku tak boleh start.

Subhanallah, Alhamdulillah...
Minggu lepas pada hari Ahad. Dah sepagian terperap kat rumah, terasa jugak nak pergi jalan2 bawak anak. Siap pakai cantik2, naik kereta produa viva elite. Sepeti biasa, dah masuk kete tu mesti la start injin, dalam 5-10 saat je injin yg idup tadi tiba2 senyap. nampak signal bateri dah merah tak screen kereta. Alamak, bateri dah abis ke? Duit dah tinggal sikit je ni, so aku pegi kat kedai baiki kete kat pekan bli bateri dan suruh pomen tu pasangkan. aku tak reti la dalam bab injin kete ni.
Dah siap pasang bateri kete masih tak mahu hidup, Adui, ape lagi ni? Mane ade duit lagi dah. Bateri tadi pun RM185 dah.
Ringkas cerita, pomen tu cek kete dgn kemahirannya sambil duk sembang ngan kawan dia pasal injin ni n sambil tu dia tanya aku apa terjadi, camne leh kete ni tak idup. Dia bagitau yg kete aku ni bukan nye maslah bateri, bukan masalah fuse. tapi mungkin fuel injection, katanya minyak tak sampai ke injin n tersekat kat pam. pomen tu bagi la 2 pilihan samada hantar kat kedai dia, dia pesan barang kat KL dalam seminggu boleh siap kalau barang sampai awal. tapi risikonya, waranty kete aku automaticly batal. pilihan ke 2 plak, Aku kene call la tow truck bawak ke produa service, tak bayar ape2 sebab masih dalam warranty. cuma tow truck tu la kene bayar, dalam RM400.
Aduhai, alamat tak naik kete la aku bulan ni!
Dalam 2-3 hari lepas tu, ade sorang kawan tipon aku, katanya kawannye nak tolong tengok kete aku, dia tu ade la pengalaman yg same macam aku. Jadi petang tu dia datang kat umah aku, dia cek injin sambil aku cite la pasal kete ni dari A ke Z. Dia cakap mungkin sebab minyak kete ni tak sampai e injin bukan la sebab fuel injector tak berfungsi, tapi pelampung dalam tangki kete tu yg buat petrol tersumbat, dia pun henjut 2 kete tu berkali2 n suruh aku try start.
Alhamdulillah, kete tu dah idup skrang. Time kasih banyak2 la Cikgu Helmi. Tanpa mu confirm duit utk raya bulan depan terpaksa aku guna utk tarik kete ke produa.