Friday, November 11, 2011

SK Keluru Tengah..

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Alamat Surat Menyurat Sekolah-
SK Keluru Tengah
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Subis
98150 Bekenu,
Miri Sarawak.
email rasmi- skkelurutengah@yahoo.com.my
email- sk.kelurutengah@gmail.com 









Nama sekolah: Sekolah Kebangsan Keluru Tengah
Alamat Sekolah: SK Keluru Tengah, 98150 Bekenu.
Kod Sekolah: YBA 4417
Gred Sekolah: Gred B
Tarikh Penubuhan: 1981

Jumlah Kelas: 6 Kelas

Nama Guru Besar: Pn Sapiah Hj Jumat

Sejarah Sekolah:
Nama Asal bagi sekolah Kampung Keluru ini ialah Sekolah Rendah Kerajaan Kampung Keluru Tengah. Kemudian nama tersebut di tukarkan kepada Sek. Keb Keb. Kpg Keluru Tengah berikutan penyelarasan nama bagi sekolah rendah di seluruh Malaysia. Setelah itu namanya di pendekkan menjadi sebagai Sekolah Kebangsaan Keluru Tengah.

Nama “Keluru” bagi sekolah ini diberi berikutan sekolah ini dibina di Kampung Keluru manakala “Tengah adalah merujuk kepada kedudukannya yang berada di tengah-tengah antara tiga-tiga buah kampung iaitu Kampung Keluru Jaya, Kampung Keluru Tengah dan Kampung Kejapil. Kewujudan sekolah ini telah memberikan banyak manfaat kepada penduduk kampung khususnya menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan selamat dan mudah walaupun kemudahan jalan perhububungan pada masa itu kurang memuaskan.
Sekolah Kebangsaan Keluru Tengah telah ditubuhkan pada awal tahun 1981. Ia ditubuhkan dengan lerjasama penduduk kampung dari tiga buah kampung tersebut cara bergotong-royong. Antara pengasas penubuhan sekolah ini ialah En Sabak b haji Isa, Tuan Haji Us b Haji Talib, En Mohd Bakar b Ibrahim dan Tn Hj Ambar b Hj Amid yang membenarkan untuk mendirikan sekolah ini di atas tanah miliknya. Namun kini telah menjadi milik kerajaan.

Guru Besar pertama yang menerajui kepimpinan sekolah ini ialah Tn Hj Abidin bin Deris (1981- 1993), disusuli oleh Cik Rohayu binti Dali (1993), kemudian Tn Hj Rapaee b Hj Saat(1994-1998), seterusnya En Mohd Nor b Borhan (1998-2003) kemudian disambung oleh En. Wan Muhamad b Wan Omar bermula tahun 2004 hingga awal 2011dan kini Puan Sapiah bt Jumat bersama-sama 15 orang guru dan 2 orang pembantu tadbir.

Pada awal penubuhan, sekolah ini hanya   mempunyai beberapa kelas sahaja yang dibahagikan kepada 2 kerana bilangan muridnya yang sedikit. Kemudian bilangan murid bertambah dari tahun ke tahun menyebabkan sekolah ini tidak dapat menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Maka pada tahun 2003, pihak kerajaan telah menambah lagi bangunan bagi menampung penambahan tersebut dan melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Pada tahun 2006, bahagian bawah bangunan sekolah telah siap dibina untuk dijadikan kelas PraSekolah. Kini SKKT mempunyai 6 buah kelas dan sebuah kelas pra sekolah.

Berikut adalah sedikit mengenai latar belakang sebuah sekolah yang terkenal di kawasan Bekenu. Sebuah sekolah yang cantik bertempat di kawasan luar bandar, 1 blog bangunan 2 tingkat. Bahagian atasnya terdapat beberapa buah kelas dan bahagian bawahnya terdapat bilik guru, bilik GB dsb. Sekolah ini juga mempunyai sebuah dewan serbaguna. Jangan bimbang, sekolah ini bukan sekolah pedalaman 1 ataupun 2, jalan tar yang bagus terbentang di hadapan pintu sekolah.

Akhlak murid dan hubungan antara guru adalah suatu yang dibanggakan di sekolah ini. Saling hormat menghormati dan faham memahami dan sentiasa menurut perintah. Walaupun menghadapi masalah kekurangan guru, namun perjalanan masih dalam keadaan yang baik. Sebelum ini, kami hanya kekurangan seorang guru Pendidikan Islam namun setelah berlaku pertukaran guru, 2 orang guru lagi telah bertukar. Pada tahun ini 2013 barulah bilangan guru disini mencukupi dengan kehadiran guru Pendidikan Islam yang baru. Namun ada juga kedengaran yang guru sedia dada disini mungkin akan memohon pindah. Jadi sebagai bantuan untuk guru yang akan mengantikan guru tersebut. Moga blog ini akan memberi sedikit info dan kemudahan bagi yang memerlukan.

Pada tahun 2010 lepas, ada guru yang dipindahkan ke sekolah ini mencari2 melalui internet namun tidak ada maklumat mengenai sekolah in, jadi guru tersebut telah tersesat ke sekolah lain yang bernama Beluru Center. namun akhirnya dia dapat menemui lokasi sebenar sekolah ini.

Sebagai bantuan kepada guru yang akan ditempatkan kesini untuk mengenali sekolah ini maka saya menulis sedikit maklumat mengenai sekolah ini. Walaupun niat sebenarnya adalah ingin membina sebuah laman web untuk sekolah, akan tetapi kami tiada yang pakar dalam membina dan mengendali web serta dapat memberi komitmen dalam mengemaskinikan web tersebut.

Untuk berita terbaru, kini terdapat guru yang akan membangunkan website rasmi untuk sekolah ini, bila website itu dah dibangunkan saya akan sertakan link untuk website serta facebook.. In shaa Allah, ia akan memudahkan anda untuk mengenali dan mendapatkan maklumat yang lebih detail..

Sekian terima kasih.

Gambar Sekolah

Gambar lama

 Page Facebook : https://www.facebook.com/pages/SK-Keluru-Tengah/598819613507395?ref=br_tf
Gambar baru 2013

dikemaskini pada 26/4/2014